Petikan dari Metro Ahad.
Bertunang jejaka ‘Mat Saleh’
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
PETALING JAYA: Jika dilihat kepada rekod lalu, penyanyi genit, Siti Sarah
Raisuddin atau Sarah, 23, selayaknya dinobatkan sebagai antara penyanyi wanita
yang menerima wang hantaran paling tinggi apabila bakal menerima wang hantaran
RM40,000 serba satu.
Wah..dinobatkan
gitu..ayat tak hengat. Kita dah ada mcm2 anugerah dalam industry hiburan.
Mungkin lepas ni kite perlu tambah satu lagi award..’artis paling tinggi wang
hantaran’..Kepada peminat Mawi..jgn kecewa ye..anugerah ini tidak melibatkan undian
sms dan hanya untuk artis wanita sahaja. Kalau award ini melibatkan sms dan
mawi bertukar kepada Siti Normawi..pasti mawi menang lagi. Er..er..AF5 dah nak
mula..Ada perempuan2 di luar sana yang teringin putus tunang tetapi glamer selepas
putus tunang, jadi artis rakaman walaupun suara sumbang..sumbang yang amat walaupun
menyanyi secara miming..jgn tunggu lama2..suruhlah tunang anda menyertai AF5.
UPSI idol tidak menjanjikan apa2.
Malah, Sarah juga melakar sejarah tersendiri
apabila majlis pertunangannya dengan jejaka ‘Mat Saleh’, Muhamad Harith Fuad
Robinson, 24, (Fuad) berlangsung dalam suasana meriah di Hotel Armada, di sini.
Bagaimanapun, bagi bapa Sarah, Raisuddin Hamzah, 50, dia
mengakui segala ‘kelainan’ itu hanya kebetulan.
“Secara kebetulan, pihak hotel (Armada) sudi menaja, (justeru)
majlis ini (pertunangan) diadakan di sini.
“Mengenai jumlah wang hantaran, ia bukan sesuatu yang luar
biasa kerana jumlah itu (RM40,000) sesuai dengan keadaan semasa,” katanya.
Wah..aku ternganga buat kali kedua. RM40 000
tu sesuai dengan keadaan semasa. Mujurlah aku bukan ‘Mat Saleh’..hanya perasan
mcm ‘Mat Saleh’ walaupun bonsai..dan mujur juga aku hanya Salehuddin. Last
punye mujur..mujur tunang aku bukan artis walaupun kami selalu perasan kami mcm
artis. Kalo tidak terpaksa la aku mencuba nasib kat AF5 demi nak mengumpul duit hantaran yang kononnya mengikut keadaan semasa.