Cikgu Yg Bitara Lagi Unggul

Minggu ni korg semua prasan tak ada 2 berita yang ada kait-mengait
dgn cikgu. Yang pertama kes seorang bapa yang menggelar dirinya sebagai ‘AYAH
TAHU DOSA PAHALA’ yang berasal dari Serdang. Si ayah ini mempersoalkan sekolah
paksa anaknya (darjah 5) pakai tudung. Pendek kata si ayah ini tidak setuju
dengan undang-undang sekolah yang mewajibkan setiap pelajar perempuan memakai
tudung. Kes ini sebenarnya kes berulang’ sebelum ni pun dah penah terjadi dan
aku secara peribadi tak berminat dengan kes ini.

Kes yang kedua ni pada aku menarik skit. Ada ibu bapa yang
menganggap cikgu macam along bila cikgu pergi kerumahnya untuk mengutip yuran
sekolah anak. Aiyoo..cikgu disamakan dengan along la plak. Apa kes ni. Pada aku
cikgu ni bagus, prihatin, sampai ke rumah nak selesaikan masalah yuran pelajar.
Korang jangan tak tau ramai cikgu-cikgu yang mendahulukan duit dorg untuk
selesaikan masalah bayar yuran pelajar. Last2 duit yang cikgu dulukan ni, burn
mcm tu je. Ni memang terjadi.

 

Aku teringin sangat nak tgk rumah mak bapak budak yg ckp
cikgu ni mcm along. Miskin sgt ke mak bapak budak ni sampai tak dapat bayar
yuran. Ntah2 kat umah tu siap ada astro lagi. Pelik sbenanya dgn sesetengah mak
bapak ni. Belanja anak makan kfc ke mcdonalds ke pizza ke mampu, bayar yuran
tak mampu. Last2 cikgu gak yang dorg persalahkan. Kesian kat cikgu2 ni.

Aku tak nak tulis entry panjang2 pasal masalah-masalah kat
skola ni. Sbb siang tadi aku join satu forum tu, aku berborak la dgn sorg cikgu
ni, kami bercerita masalah2 yang cikgu hadapi kat skola. Aku bercerita
berdasarkan pengalaman singkat aku semasa jadi cikgu, cikgu tu pula bercerita
berdasarkan pengalaman dia. Tp lain plak yang jadi, ada sorg forumer tu bakal
cikgu (aku sure budak ni student UPSI) mcm tak sangka plak adanya masalah2 yang
kami cerita tu. Risau aku budak ni jadi lemah semangat nak jd cikgu. Nanti kalo
aku tulis masalah2 kat skola berdasarkan pengalaman aku kat blog aku ni, korg
pun ikut lemah semangat.

Pertama kali aku rasa aku tak merepek dan pertama kali aku
rasa aku bakal jadi cikgu yang bitara lagi unggul. Hahahaha

Aku : Kak..saya nak ambik maklumat untuk siapkan buku
program sukan ni kak.

Kerani : Ala ko ni..akak tgh tgk Rosalinda ni..ko ni kaco
betul la. Datang tak kena time.

(Tak kena time pala hangguk ko..nak tunggu abis Rosalinda la
gamaknya..ko pun dah selamat sampai kat umah. Pagi td aku mintak ko suruh datang petang. Datang petang, tak kena time plak ko ckp. Amboi..mata merah2 tgk Rosalinda..nangis
la tu..teh biskut semua ada. Kerani ni dah mcm umah plak di buat pejabat ni)

Kompem situasi kat atas ni ada terjadi kat skola skrg ni.
Skrg kan bwg putih bwg merah tengah meletup

 

Leave a Reply